macaroni goreng ni anak perempuan mami yang suka
oleh kerana dia orang dah nak berumah tangga
disini mami kasi dia orang macam mana nak buat macaroni goreng...
walau pon bagi yg dah senior dah expert masak ni...
but ni macaroni untuk anak ku:
bahan nya:
macaroni 1 packet
panaskan air dalam periuk, mendidih air masukan macaroni
masak hingga macaroni lembut...
angkat tos..masukan 1tbs butter gaul rata
bahan tumis:
3tbs cili paste
2tsp bawang putih kisar
1tbs bawang merah kisar
3tbs tomato ketchup
oregano jika suka
garam dan gula secukup rasa
2 dollar daging kisar
sayuran:
taugeh jika suka, kobis hiris, tomato 2 biji hiris, carrot pasak halus
hiasan:
daun sop bawang & bawang goreng
cara membuat nya:
tumis bawang putih, wangi masukan bawang merah
tumis hingga garing kekuningan, masukan cili paste
tumis hingga garing dan wangi
masukan daging kisar dan tomato hiris, masak hingga kering sikit aja
masukan tomato kitchup kacau rata
masukan macaroni sayuran gaul rata
tambah garam dan gula secukup rasa
mami suka rasa manis sikit je
akhir sekali tabur oregano gaul rata
masukan bahan hiasan
Wallah dah siap macaroni goreng cara mami
selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment